Back to News Archive

Indahnya Syawal #SyukurSelalu Kolej SIDMA Meriah

Bertemakan Indahnya Syawal #Syukur selalu, sambutan Hari Raya Kolej SIDMA Sarawak, Pusat Wilayah UNITAR International University kali ini diadakan lebih meriah berbanding tahun-tahun yang lepas.

Menurut Pengarah Kolej SIDMA Sarawak, Marzuki Umi, tema yang dipilih pada tahun ini agak berlainan dan ia dipilih bagi mengambarkan bahawa dengan datang bulan Ramadhan dan diiringi pula dengan kehadiran bulan syawal akan menjadikan kita sebagai insan yang lebih baik dan sentiasa bersyukur.

“Pada tahun ini, tema dan semangat kami berbeza berbanding tahun lepas, dimana pada tahun ini sambutan Hari Raya kita lebih meriah dan sudah pastinya setiap tahun sambutan Hari Raya Kolej SIDMA akan diadakan berbeza-beza serta ada penambahbaikan. Hal ini kerana Kolej SIDMA Sarawak ingin memastikan bahawa semua kakitangan bersemangat dan dapat meraikan bersama-sama kemeriahan syawal ini”, katanya semasa ditemui pada majlis Riang Raya Sehati Sejiwa tersebut.

Seramai 100 lebih kakitangan Kolej SIDMA serta tetamu jemputan yang hadir pada malam tersebut.

Bagi Ketua Eksekutif Kolej SIDMA Sarawak, Dayang Sofia Abang Bohan pula, selain meraikan kemeriahan bulan syawal, majlis ini juga turut dijadikan landasan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan Kolej SIDMA sendiri.

“Jika hari biasa kita sangat sibuk dengan tugasan masing-masing, maka pada majlis seperti ini semua kakitangan dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka disamping mengeratkan lagi silaturahim sesama mereka”, katanya.

Selain dijamu dengan pelbagai hidangan dan juadah, hadirin yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu raya yang didendangkan oleh kakitangan Kolej SIDMA yang berbakat.

Bagi mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan kakitangan, pertandingan seperti menganyam ketupat, meminum air gas, makan kuih bahulu dan pertunjukan fesyen si kecil oleh anak-anak kakitangan Kolej SIDMA Sarawak turut diadakan pada majlis tersebut.







Prepared by:
Media and Corporate Communication Department
SIDMA College Sarawak

Back to News Archive

This page is best viewed using the latest Firefox,Chrome, IE & Safari web browser with at least 1366 x 768 High Colour Resolution. This site is currently under ongoing maintenance / update / upgrade operation. Thank you for your interest.

Majlis Berbuka Puasa 2017

Tarikh: 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438H
Hari: Jumaat
Tempat: Kuching Park Hotel
Pakaian: Kemas & Sopan

New Intake SIDMA & UNITAR June 2017

Date: 25 - 28 April 2017
Day:
Tuesday to Friday
Venue: Resource Centre, SIDMA 1

Special Intake Unitar Program April 2017

Date: 27 March 2017
Day: Monday
Venue: Resource Centre, SIDMA 1

New Intake SIDMA & UNITAR January 2017 (First Batch)

Date: 31 January & 1 February 2017
Day: Tuesday & Wednesday
Venue: Resource Centre, SIDMA 1

Majlis Berbuka Puasa 2017

Tarikh: 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438H
Hari: Jumaat
Tempat: Kuching Park Hotel
Pakaian: Kemas & Sopan

Announcements