Back to Articles Archive

KELEBIHAN MENYUSU BADAN DAN BUKANNYA SUSU FORMULA KEPADA BAYI

DISEDIAKAN OLEH:
FATIN ATHIRAH BINTI AMAT ZAIDEL
TITIANA
CHRISTIAN


Pengenalan

Penyusuan susu ibu bukanlah sekadar memberi susu kepada bayi. Apabila bayi di dalam dakapan si ibu, bayi sebenarnya menikmati kehangatan daripada badan si ibu, mengenal pasti bau badan dan degupan jantung si ibu. Menyusu badan memberikan rasa damai, selamat, dan mengeratkan hubungan antara si ibu dengan bayi. Si ibu harus tahu bahawa penyusuan menggunakan susu badan sangat membantu mengeratkan hubungan ibu dan anak.

Apa itu Susu Ibu?

Susu ibu adalah makanan paling berkhasiat dan sempurna untuk bayi anda. Malah, susu ibu bebas daripada bakteria. Susu ibu memberikan nutrisi yang paling tepat dalam kuantiti yang diperlukan oleh bayi. Susu ibu yang penuh dengan antibodi membantu bayi untuk melawan infeksi dan jangkitkan penyakit. Susu ibu pada mulanya akan seperti cecair kuning yang dipanggil “colostrum”, yang sangat kaya dengan antibodi dan nutrien. Kemudian, barulah susu yang sebenar berwarna putih akan keluar selepas beberapa hari bersalin.

Kelebihan Menyusu Badan Susu Ibu.

1. Lebih mudah dan jimat.
Menyusu badan lebih mudah kerana si ibu tidak perlu untuk menyediakan botol mahupun air panas. Malah, susu ibu tidak perlu untuk dibeli dan dibayar. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga.

2. Melawan penyakit dan kematian.
Antibodi yang dipindahkan seorang ibu kepada bayinya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit seperti jangkitan telinga, cirit birit, jangkitan pernafasan, menigitis. Malah, mengurangkan terkena “Sudden Infant Death Syndrom (SIDS)” iaitu bayi mati tanpa sebarang tanda ketika tidur.

3. Asas untuk kesihatan yang baik.
Menyusu badan selama enam bulan boleh membantu bayi untuk mengelak daripada mendapat alergik, mengurangkan risiko daripada berat badan berlebihan, atau boleh mengelakkan masalah ekzema pada bayi, diabetis dan tekanan darah tinggi.

4. Membantu dalam membentuk gigi dan rahang bayi.
Bayi yang menyusu badan berpotensi untuk tidak mempunyai masalah gigi dan mulut.

5. Mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis rasa.
Rasa susu ibu yang pelbagai disebabkan hasil pemakanan si ibu, membantu ketika bayi mula makan makanan lain selain dari susu ibu iaitu ketika “weaning”.

6. Membantu si ibu mendapat tubuh badan yang ideal.
Menyusu badan meransang penghasilan dan pengeluaran “Oxytocin” di dalam tubuh si ibu. “Oxytoxin” membantu rahim si ibu berada di kedudukan asal dan lemak tersimpan digunakan untuk menghasilkan susu.

7. Si ibu dapat berehat dan menyeronokkan.
Semasa menyusukan anak, si ibu akan duduk dan berehat. Ketika berehat dan menyusu itulah hormon “prolactin” si ibu akan meningkat. Hormon tersebut membuat si ibu lebih tenang, dan mudah tidur dengan nyenyak.

8. Meningkatkan kesihatan si ibu.
Menyusu badan boleh mengurangkan potensi si ibu daripada mendapat kanser payu dara atau kanser ovari dan osteoporis (penyakit tulang dimana pengurangan ketumpatan mineral tulang.)

9. Menjadikan IQ bayi bijak.
Penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Apabila bayi menghisap susu badan, lidah dan rahangnya perlu bergerak seiring. Lidah bayi perlu berada di bawah areolaiaitu kawasan coklat di puting payudara si ibu dan menekannya ke lelangit.Keadaan iini menyebabkan tisu di bahagian berkenaan mengalami tekanan dan memanjang mengikut corak hisapan. Pada masa yang sama bayi perlu berusaha untuk mengeluarkan susu dan otot muka bayi bekerja keras untuk mengulangi proses hisapan. Disebabkan itu, penyusuan susu ibu melalui payudara memberikan kesan positif dalam pembentukan muka dan mulut bayi.

Berapa Lamakah Tempoh Untuk Menyusu Badan?

Tempoh menyusu adalah dari lahir sehinggalah umur 2 tahun atau 3 tahun. Anak yang menyusu ibu mempunyai tahap IQ yang tinggi, malah mempunyai potensi untuk berakhlak mulia dan tidak mudah menjadi seorang yang pemarah.

Tips dan Teknik Menyusu.

Ketika menyusu, si ibu haruslah meletakkan bayi ke payudara dengan betul. Oleh itu, posisi yang betul dapat memberikan keselesaan kepada si ibu dan anak.

Kedudukan badan:

• Pastikan si ibu selesa dimana bayi didukung dengan baik. Si ibu boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi di lengan si ibu.

• Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah bayi untuk mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi anda.

• Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda.

Cara mendukung bayi:

• Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.

• Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan dengan puting payudara ibu.

• Bayi rapat dengan ibu dimana punggung,kepala dan bayi di ampu.

Cara memegang payudara:

• Cara yang betul adalah pengangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.

• Cara yang salah adalah pengangan gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting.

Cara penyusuan:

• Rapatkan payudara anda ke mulut bayi, gosokkan puting payudara di bibir bayi dan bayi secara tidak langsung akan mengetahui bahawa itu adalah masa menyusu.

• Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara ( areola ).

• Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.  


Jenis-jenis posisi:


a) Cradle hold – Posisi dakapan yang paling biasa diamalkan oleh ibu. Ia sangat selesa kepada ibu dan bayi yang disusukan.

b) Cross cradle hold – Posisi hampir sama seperti cradle hold tetapi posisi ini bayi diampu oleh sebelah lagi tangan dan sebaliknya.

c) Football hold – Posisi ini memerlukan sokongan bantal menyusu bagi menyokong bayi agar selesa. Bantal diletak di bahagian tepi tubuh atau bawah lengan ibu bagi membolehkan bayi berada sama paras dengan payu dara. Posisi ini sesuai untuk ibu yang melahirkan bayi secara caesarean.

d) Lying down – Posisi menyusukan bayi secara berbaring boleh digunakan ketika ibu mahupun bayi keletihan. Malah jika melahirkan bayi secara pembedahan, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama selepas kelahiran.

e) Tandem - Posisi ini biasanya dipraktikkan oleh ibu yang mempunyai anak kembar agar dapat menyusukan kedua anak dalam satu masa.  


Mengapakah si ibu perlu memilih menyusu badan daripada susu formula di dalam botol untuk bayi?

Susu formula adalah susu yang dibuat dari susu sapi atau susu buatan yang diubah komposisinya hingga dapat dipakai sebagai pengganti ASI (susu ibu). Alasan dipakainya susu sapi sebagai bahan dasar mungkin oleh banyaknya susu yang dapat dihasilkan oleh peternak (Pudjiadi, 2002). Manakala susu ibu adalah susu semulajadi yang terhasil di dalam payudara si ibu yang mempunyai nutrien yang memberikan antibodi kepada bayi.

Keburukan susu formula di dalam botol kepada bayi anda.

• Mudah terkena penyakit

Bayi yang mengambil susu formula lebih mudah terkena penyakit-penyakit seperti cirit-birit, telinga dan jangkitan air kencing kerana kurangnya antibodi di dalam badan. Di dalam susu formula tidak terdapat bahan untuk memberikan antibodi kepada bayi.

• Mahal

Susu formula yang berada di pasaran mempunyai harga yang mahal. Semakin rendah umur bayi semakin mahal lah susu formula. Malah, susu formula yang pelbagai jenis merumitkan ibu bapa untuk membeli.

• Merumitkan

Persediaan menyediakan susu formula sangat rumit dimana si ibu perlukan air panas dan air suam. Kemudian, harus mencuci botol susu selepas digunakan.

• Tidak mudah dihadam

Bayi yang mengambil susu formula selalunya mempunyai masalah usus kerana bahan di dalam susu formula yang terlampau susah untuk dihadam oleh bayi.

• Mempunyai kandungan gula “corn syrup” yang tinggi.

Obesiti dalam kalangan bayi semakin meningkat kerana di dalam susu formula mengandungi banyak gula berbanding bahan lain. Kandungan gula di dalam susu formula untuk skali pengambilan adalah sekitar 3.5 gram / 3.8 gram iaitu bersamaan dengan 1 sudu teh untuk setiap 5 ounces.

• Perkembangan mulut bayi terjejas

Memegang susu botol dalam keadaan terbalik, susu akan mudah terpancut keluar dengan laju. Oleh yang demikian, semasa bayi menghisap susu menerusi botol, bayi hanya menggangkat lidahnya untuk menahan aliran susu yang laju dari botol untuk menggelakkannya dari tersedak atau tercekik.

Sepanjang proses menyusu, bayi hanya perlu menekan puting getah yang keras tanpa menggunakan rahangnya untuk menghisap susu. Penggunaan otot muka dan rahang yang sedikit dan tanpa usaha membantut perkembangan mulut dan muka bayi.

• Lambat bertutur dan suka menghisap jari

Penggunaan puting botol susu yang lama menyebabkan masalah gigi dan mulut kanak-kanak. Malah, proses pertuturan juga lambat dan bayi mudah untuk mempunyai tabiat menghisap jari sehingga umur 5 tahun.

Gambar di atas menunjukkan perbezaan bentuk lelangit bayi yang menyusu melalui payudara ibu dan bayi yang menggunakan botol dengan susu formula. Maka, secara tidak langsung membuktikan bahawa penggunaan susu formula di dalam botol menyebabkan masalah gigi kanak-kanak.  

Kesimpulan

Kesimpulannya, ibu bapalah yang harus bijak dalam memilih cara penyusuan bayi. Penyusuan susu ibu banyak memberikan kelebihan dan manfaat kepada anak anda dari segi jangka pendek dan jangka panjang. Tetapi penyusuan menggunakan susu formula di dalam botol banyak memudahkan kepada si ibu yang bekerja tetapi tidak banyak memberi manfaat kepada bayi.


Rujukan

1. Dr.Sears (2015). Best Breastfeeding Positions.
Retrieved from http://www.askdrsears.com/topics/feeding-eating/breastfeeding/rightstart-techniques/best-breastfeeding-positions

2. Zalma Binti Ab.Razak, Zuhaida Bt Harun, Nazli Suhardi b.Ibrahim. (10 April 2009) Teknik Penyusuan Susu Ibu Yang Betul.
Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/penyusuan-susu-ibu/teknik-penyusuan-susu-ibu-yang-betul

3. Mohd Rumaizuddin Ghazali (25 Mac 2007). Hukum Penyusuan Dalam Islam.
Retrieved from http://mindamadani.my/component/k2/item/104-hukum-penyusuan-dalam-islam.html

4. Hasnita PAMA ( 7 Oktober 2014). Pelajari Posisi Penyusuan.
Retrieved from http://pama.karangkraf.com/mobile/bayi/laktasi/pelajari-posisi-penyusuan-1.322840

5. Data sources include Micromedex® (updated Feb 4th, 2015), Cerner Multum™ (updated Feb 17th, 2015), Wolters Kluwer™ (updated Feb 4th, 2015) and others. To view content sources and attributions, refer to our editorial policy. Copyright © 2000-2015 Drugs.com. All rights reserved. Retrieved from http://www.drugs.com/cg/how-to-hold-and-breastfeed-your-baby-aftercare-instructions.html

Back to Articles Archive

Majlis Berbuka Puasa 2017

Tarikh: 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438H
Hari: Jumaat
Tempat: Kuching Park Hotel
Pakaian: Kemas & Sopan

New Intake SIDMA & UNITAR June 2017

Date: 25 - 28 April 2017
Day:
Tuesday to Friday
Venue: Resource Centre, SIDMA 1

Special Intake Unitar Program April 2017

Date: 27 March 2017
Day: Monday
Venue: Resource Centre, SIDMA 1

New Intake SIDMA & UNITAR January 2017 (First Batch)

Date: 31 January & 1 February 2017
Day: Tuesday & Wednesday
Venue: Resource Centre, SIDMA 1

Majlis Berbuka Puasa 2017

Tarikh: 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438H
Hari: Jumaat
Tempat: Kuching Park Hotel
Pakaian: Kemas & Sopan

Announcements